Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, namun Y12 bukan calang-calang telefon pintar, apatah lagi dilengkapi tiga kamera utama dan bateri yang mampu bertahan lama.

Sesuai untuk anak muda, rekaan paparan skrin penuh membolehkan tontonan video, berbalas Whatsapp mahupun bermain permainan video menjadi lebih menarik.

 

Bagi mereka yang suka merakam gambar, telefon pintar siri ini juga dilengkapi kamera sudut lebar yang memberi hasil tangkapan yang lebih menarik dan luas sehingga 12 darjah.

Ini membolehkan anda menangkap lebih banyak gambar landskap, lebih ramai orang dalam satu gambar dan pastinya memberikan hasil gambar yang menarik.

Sementara Y12 juga dilengkapi 8 megapiksel kamera depan yang mampu menangkap butiran muka yang halus sekali gus memastikan gambar swafoto kelihatan cantik dalam semua rakaman.

Bagi anak muda yang gemar bermain permainan video, sudah pastinya Mod Ultra Game yang direka untuk keseronokan memberikan kepuasan ketika bermain.

Bermain e-sukan seperti profesional dengan menggunakan mod persaingan pastinya memberi kelebihan kepada prestasi permainan.

Malah, dengan teknologi Dual Turbo, pastinya pengguna akan leka bermain tanpa terganggu kerana teknologi itu memberikan pengalaman bermain dengan lancar.



SPESIFIKASI

Paparan: 6.35 inci

Saiz: 159.4 x 76.8 x 8.9 mm

Berat: 190.5 g

Resolusi: 720 x 1544 piksel

Sistem operasi: Android 9.0 (Pie); Funtouch 9

Kamera utama : 
13 + 8 + 2 MP

Kamera depan: 8MP

Bateri : 5,000 mAh

Warna: Biru dan merah

Harga: RM 599