DR. FREDOLIN TANGANG

Menurut Fredolin, keadaan tersebut boleh menjadi lebih buruk jika El Nino ekstrem berlaku dan fenomena kemarau di wilayah-wilayah selatan Sumatera dan Kalimantan dijangka semakin kerap jika pemanasan global gagal ditangani dunia.

Menurut hasil kajian terbaharu yang beliau ketuai dan melibatkan pelbagai negara, tahap kekeringan di wilayah-wilayah tersebut pada bulan-bulan Jun hingga Oktober apabila suhu dunia melangkuai 2 darjah lebih tinggi berbanding tahap sebelum era perindustrian Eropah.

Katanya, kajian saintis di Australia juga menunjukkan El Nino ekstrem seperti 2015 dan 2016 dan akan meningkat jika akibat pemanasan global.

“Jika Perjanjian Paris gagal, wilayah-wilayah di selatan Sumatera dan Kalimantan akan menjadi lebih kering pada bulan-bulan Jun hingga Oktober” kata Fredolin lagi.

Beliau diminta mengulas mengenai masalah jerebu yang melanda negara baru-baru ini dan menujukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan,

Menurutnya, ini bermakna jerebu akan berlaku bukan lagi berlaku mengikut kitaran El Nino tetapi setiap tahun pada bulan-bulan berkenaan selagi masalah pemanasan global masih berlaku sekaligus mewujudkan senario yang agak kritikal bagi Malaysia yang mungkin akan menghadapi jerebu teruk setiap tahun pada masa akan datang.

Kaedah, apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi kemungkinan tersebut adalah memastikan aktiviti guna tanah dan pertanian di wilayah-wilayah tersebut dijalankan secara mampan.

"Tiada lagi kaedah potong dan bakar yang boleh menyebabkan kebakaran hutan. Pengurusan tanah gambut secara mampan perlu dilakukan," ujar beliau lagi.

Katanya, operasi penguatkuasaan perlu dipertingkatkan terutama semasa musim kemarau manakala pihak berkuasa Indonesia perlu melakukan langkah-langkah tersebut selari dengan Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan ASEAN.

Beliau memberitahu, sebenarnya di peringkat ASEAN, sudah terdapat Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan yang telah ditandatangani oleh hampir semua negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Indonesia.

Walau bagaimanapun katanya Indonesia, yang menandatangani perjanjian tersebut pada 2014, belum dapat mengambil langkah-langkah sepatut dilakukan di peringkat nasional dan tempatan untuk memastikan kebakaran hutan tidak berlaku.

"Pembakaran hutan masih berlaku semasa musim kemarau panjang terutama semsa fenomena El Nino berlaku," kata beliau.

Malaysia juga kata Fredolin perlu bergerak memastikan aktviti pertanian mampan dan mengelakkan pembakaran hutan pada musim kemarau.

Semasa musim kemarau sebelum ini, kebakaran di Malaysia juga berlaku dan menyebabkan jerebu. Di

Di Sabah misalnya banyak kebakaran hutan berlaku disebabkan kemarau panjang disebabkan oleh El Nino pada 2015 dan 2016 yang menyebabkan jerebu teruk dibebarapa kawasan dan penutupan sekolah.

Dr. Ahmad Ismail
Dr. Ahmad Ismail 

Sementara itu Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr. Ahmad Ismail berkata, apabila berlaku masalah jerebu, rakyat tentu bertanya hasil tindakan kerajaan bagi mengatasinya.

Beliau berkata, kes jerebu sebelumnya misalnya, rakyat mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Jerebu Kebangsaan dan kerjasama Malaysia- Indonesia menangani masalah jerebu rentas sempadan.

"Jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia jangka pendek dan panjang, bukan sahaja kesan kepada manusia tetapi juga kepada hidupan liar seperti orang utan dan primat lain. Begitu juga burung, kesan produktiviti hasil pertanian yang akhirnya kesan kepada petani," ujarnya.

Menurutnya lagi, kesan pembakaran hutan dan jerebu memang memberi kesan kepada kesihatan, ekonomi dan mungkin hubungan politik.

Beliau juga berharap, penggunaan teknologi juga perlu dimanfaatkan dan untuk mengatasi jerebu dan mengelakkannya daripada berulang.

Pembakaran terbuka juga mesti dapat dikenal pasti segera dan tindakan memadam perlu dilakukan dengan kaedah berteknologi semasa.

Kata beliau, bagi kes pembakaran terbuka di Semenanjung, kawasan sensitif tentu sudah dikenal pasti bagi tindakan segera boleh dilaksanakan. Kawasan seperti hutan tanah gambut adalah antara kawasan sensitif.

"Masyarakat mesti peka dengan kes pembakaran terbuka dan memaklumkan kepada pihak berkuasa,’’ ujarnya. - UTUSAN ONLINE