Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, Seremban dan Port Dickson pula mencatatkan kualiti udara sederhana.

"Seremban mencatatkan IPU 98, manakala Port Dickson IPU 93 pada pukul 11 pagi ini," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, JAS negeri dalam kenyataan tersebut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

Pihak JAS turut mengingatkan orang ramai tidak membiarkan tanah atau premis mereka dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka. - UTUSAN ONLINE