Kawasan itu terjejas dan berada dalam tahap berbahaya sejak 10 pagi dengan bacaan IPU 302 dan mula berada pada tahap sangat tidak sihat sejak pukul 8 pagi ini dengan catatatan IPU 242 dan meningkat kepada IPU 282 pada pukul 9 pagi.

Jerebu di ILP Miri, Sarawak pula berada pada skala bacaan IPU sangat tidak sihat, dengan catatan IPU 296 setakat pukul 11 pagi ini selepas berada dalam tahap berbahaya sejak 11 pagi semalam dengan bacaan IPU 380 dan mencapai bacaan kemuncak IPU 396 pada pukul 6 petang semalam sehingga 8 pagi ini dengan mencatatkan bacaan IPU 301.

Sementara itu, jerebu di Sibu berada dalam tahap tidak sihat apabila menunjukkan bacaan IPU 118 pada pukul 11 malam tadi dan menunjukkan peningkatan ketara pada 11 pagi ini dengan bacaan IPU 170.

Sri Aman turut berada dalam tahap tidak sihat sejak pukul 4 pagi ini dengan bacaan IPU 107 dan menurun kepada IPU 102 pada pukul 11 pagi.

Data keseluruhan menunjukkan keadaan semasa jerebu seluruh Malaysia dengan 63 kawasan berada dalam tahap sederhana, tiga kawasan berada dalam tahap tidak sihat dan masing-masing satu kawasan sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di 'Google Play' bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. - BERNAMA