Qube Integrated raikan 20 tahun, teroka pasaran Afrika dan Eropah

Qube Integrated raikan 20 tahun, teroka pasaran Afrika dan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menembusi pasaran Afrika dan Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang, selain terus memperkukuh kedudukan sebagai pemain utama industri acara tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Pengerusi Eksekutifnya, Richard Teo berkata, sejak ditubuhkan pada 2005, syarikat itu telah berkembang daripada butik reka bentuk pembinaan kepada penyedia perkhidmatan acara bersepadu merangkumi perancangan acara, penjenamaan, pemasaran dan penyelesaian digital.

Katanya, visi awal Qube adalah untuk mencipta platform yang membolehkan perniagaan berkembang, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Sepanjang 20 tahun ini, kami berpegang kepada nilai teras iaitu kualiti, integriti dan inovasi untuk membina kejayaan syarikat.

“Antara pencapaian penting syarikat termasuk pembinaan Pavilion Malaysia di Expo Astana 2017 dan Pavilion Brunei di Expo Dunia Dubai 2020,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam wawancara khas sempena ulang tahun ke-20 Qube baru-baru ini.

Richard berkata, Qube juga terlibat membina Pavilion Malaysia untuk Kongres Dunia Mudah Alih 2025 di Barcelona dan menjadikan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) sebagai pameran halal terbesar dunia yang diiktiraf Guinness World Records.

Tambahnya, syarikat memberi tumpuan kepada pelaburan dalam aset manusia, kemampuan beradaptasi serta penerapan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk kekal relevan dalam industri.

“Tanpa pelaburan terhadap manusia, syarikat tidak akan berkembang dan adalah penting untuk wujud kerjasama antara generasi berpengalaman dengan tenaga muda.

“Bagi tahun ini, Qube akan menganjurkan acara Women Entrepreneur 2025 (WE2025) pada November untuk meraikan serta memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang berjaya.

“Kami mahu meraikan kuasa wanita dan memberi mereka platform untuk menyerlah dalam dunia keusahawanan,” katanya.

Richard menegaskan komitmen Qube kekal untuk mewujudkan platform yang membantu perniagaan lain berkembang dan mengangkat Malaysia di mata dunia dalam sektor acara perniagaan.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN