INDUSTRI hotel merupakan antara tulang belakang kepada sektor pelancongan negara, yang juga menjadi satu daripada penyumbang utama kepada penjanaan ekonomi Malaysia. Namun, dalam usaha untuk kekal kompetitif di peringkat serantau dan global, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditangani oleh para pengusaha dan pemilik hotel tempatan. Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee berkata, jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Singapura…