DALAM era pasca pandemik, industri hospitaliti Malaysia terus berdepan dengan cabaran struktur yang kompleks meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan. Pemilik hotel, khususnya dalam pasaran domestik yang belum matang sepenuhnya, mendapati mereka terkepung antara peningkatan kos operasi dan kadar sewaan bilik yang tidak berubah. Keadaan ini mewujudkan satu ketidakseimbangan nilai pelaburan, di mana perbelanjaan meningkat tetapi pulangan semakin mengecil. Berdasarkan data, sektor hospitaliti di Malaysia dan Asia Tenggara dijangka berkembang pada kadar…