Standard pembuatan halal Yeo's yang tinggi tingkat keyakinan pengguna - Utusan Malaysia

Standard pembuatan halal Yeo’s yang tinggi tingkat keyakinan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yeo’s Malaysia (Yeo’s) memberikan keutamaan kepada operasi halalnya yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan pasaran dan membina keyakinan pelanggan di Malaysia dan luar negara.

Kini, Yeo’s menjadi pusat pembuatan dan pengedaran global yang penting ke Indonesia, New Zealand, Australia, Eropah, Indochona dan Amerika Syarikat serta merupakan syarikat F&B terkemuka yang mempunyai Sijil Halal Malaysia untuk pasaran antarabangsa.

Pengurus Kanan Pematuhan Halal Yeo’s, Razana Mar Saad berkata, Syarikat mempunyai sistem yang komprehensif dan efektif dalam mematuhi keperluan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pensijilan halal.

Katanya lagi, Yeo’s melaksanakan prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan Sistem Jaminan Halal (HAS) mereka mematuhi sepenuhnya keperluan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020.

“Bahan mentah, bahan tambahan, bahan bantuan pemprosesan, perkakas dan peralatan, sistem pengeluaran, pemprosesan produk dan keseluruhan premis kilang menepati standard ketat yang ditetapkan Jakim.

“Bahkan, Yeo’s turut mempunyai pasukan khusus yang dilatih di bawah Majlis Profesional Halal Jakim melalui inisitiaf Badan Penyelia Halal Berdaftar dan tenaga Pengajar Halal Berdaftar untuk memantau dan memastikan kemampanan sistem halal melalui pengauditan dan semakan dalaman secara berkala,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Razana, kerjasama yang dijalin bersama Jakim untuk memastikan mereka dapat mengekalkan integriti operasi halal.

Katanya, Yeo’s terbuka untuk memanjangkan kolaborasi bersama Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk menganjur program-program kesedaran halal bagi memperkasa dan memperkukuh pengetahuan pengguna berkaitan halal.

Yeo’s merupakan penerima anugerah ‘Jenama Halal Terbaik’ 2009 dan ‘Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia BrandLaureate’ (‘BrandLaureate World Halal Best Brands Award’) bagi kategori Makanan & Minuman FMCG.

Selain itu, produk Yeo’s dikilangkan mengikut standard kualiti dan keselamatan makanan antarbangsa yang ketat serta selamat untuk dimakan.

Yeo’s juga mempunyai sijil Hazard Analysis and Critical Control Points (Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal, (HACCP) dan sedang melaksanakan standard inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI) yang diiktiraf di peringkat antarbangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya