Prospek permintaan logam dijangka tidak berubah - Utusan Malaysia

Prospek permintaan logam dijangka tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengunjurkan prospek permintaan logam ferus dan bukan ferus tidak berubah dalam masa terdekat sekiranya tiada tindak balas dasar kukuh daripada Beijing bagi memulihkan ekonomi China.

Menurut firma penyelidikan itu, walaupun harga lemah dalam tempo tiga bulan lalu, pihaknya menjangkakan harga aluminium, ferosilikon (FeSi) dan mangan silikon (SiM) akan stabil pada paras semasa.

“Harga yang lemah sebahagian besarnya disebabkan oleh cabaran ekonomi di China dan kelembapan dalam ekonomi maju.

“Bagaimanapun, kekangan bekalan dijangka berterusan dengan penutupan pelebur berkuasa bahan api fosil (terutama arang bat) disebabkan keperluan alam sekitar yang ketat ditambah dengan sekatan Barat terhadap aluminium Rusia, memberikan sokongan kepada purata harga jualan (ASP),” katanya dalam satu nota kajian.

Harga aluminium London Metal Exchange (LME) berpurata pada AS$2,275 bagi sau tan, iaitu 4 peratus lebih rendah daripada suku kedua 2022 iaitu AS$2,364 setiap tan.

Sementara itu, harga FeSi dan SiM berpurata pada AS$1,489 setiap tan dan AS$992 setiap tan, iaitu 12 peratus dan 7.0 peratus lebih rendah daripada AS$1,682 satu tan dan AS$1,063 bagi setiap tan yang didaftarkan pada suku kedua 2022 masing-masing.

Firma penyelidikan itu berkata, prospek sektor keluli kekal suram terutamanya disebabkan oleh krisis hutang hartanah yang berlarutan dan kekurangan rangsangan yang ketara di China, seperti yang ditunjukkan dalam kekurangan peningkatan ketara dalam aktiviti pembinaan.

“Bagaimanapun, ia dikurangkan oleh kekangan bekalan dan pengurangan kos input seperti bijih besi, besi buruk dan arang kok.

“Pada September 2023, harga keluli panjang tempatan menurun kepada RM2,581/tan manakala harga keluli rata tempatan menurun kepada RM3,489/tan di tengah-tengah pemulihan permintaan yang perlahan dan lebihan pengeluaran di China,” katanya.

Kenanga Research berkata, OM Holdings Limited dengan harga sasaran (TP) RM2.07 merupakan pilihan utama di dalam sektor itu kerana mereka merupakan pengeluar karbon rendah yang bergantung pada kuasa hidro.

Firma itu juga menyukai United U-LI Corporation Berhad (TP: RM2.18) memandangkan lonjakan permintaan untuk sistem sokongan kabelnya yang didorong oleh ledakan pembinaan domestik.

“Kami menyemak turn penarafan sektor itu kepada ‘neutral’ berbanding ‘outperform'” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya