Kenanga Research kekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan - Utusan Malaysia

Kenanga Research kekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan selepas kebanyakan keputusan kewangan pada suku kedua 2023 selaras dengan ramalan mereka.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu melihat dua bank gagal mencapai unjuran iaitu AmBank dan MBSB Bank memandangkan kos kredit yang lebih ketat pada suku kedua.

Pada suku berkenaan juga, bank-bank terjejas kesan daripada penarikan semula pinjaman daripada sokongan gadai janji yang berterusan dan margin faedah bersih (NIM) yang lebih lemah berbanding kos pembiayaan.

Katanya, perbelanjaan kakitangan yang lebih tinggi daripada perjanjian kolektif dan prestasi perbendaharaan yang lebih kukuh dengan sentimen pelaburan yang semakin baik.

“Terdapat pelbagai jenis bacaan kos kredit kerana sesetengah bank memilih untuk memberikan peruntukan mereka secara agresif manakala sesetengah bank kekal berhati-hati.

“Memandang ke hadapan, keyakinan kami terhadap daya tahan sektor perbankan kekal kukuh dengan pelabur berpusu-pusu untuk mendapatkan keselamatan di tengah-tengah prospek ekonomi yang perlahan dalam sektor lain,” katanya dalam satu nota kajian.

Kenanga Research berkata, walaupun terdapat tanda-tanda aktiviti ekonomi yang semakin lemah, bank-bank terus melihat pengembangan pinjaman dengan sokongan berterusan daripada gadai janji.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu ambil perhatian bahawa ia diterajui oleh peralihan daripada pasaran sekunder kepada unit pasaran utama mampu milik yang boleh membayangkan bahawa perbelanjaan isi rumah mungkin mash terjejas secara beransur-ansur.

Menangani penurunan dalam pendapatan berasaskan dana, kebanyakan bank telah dapat mengimbanginya dengan daya tarikan yang lebih baik dalam rang pendapatan bukan faedah, dengan keuntungan tukaran mata wang asing menjadi penyumbang yang ketara.

Firma itu menyukai CIMB Bank kerana kumpulan itu dijangka melaporkan pertumbuhan pendapatan dua angka pada tahun-tahun akan datang dengan sesetengah pesaing mereka hanya akan mencatatkan prestasi lebih sederhana.

Selain itu, Public Bank juga menjadi pilihan kerana pihaknya menjangkakan kejelasan mengenai struktur pegangan sahamnya pada masa hadapan boleh meningkatkan lagi keyakinan pelabur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya