Proses sijil halal hanya 30 hari, RM200 sahaja - Utusan Malaysia

Proses sijil halal hanya 30 hari, RM200 sahaja

PROSES sijil halal JAKIM hanya mengambil masa 30 hari dengan hanya RM200. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses permohonan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil masa kira-kira 30 hari sahaja untuk mendapatkan kelulusan sekiranya semua dokumen sokongan lengkap disertakan oleh pengusaha syarikat.

Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Mohd Fakarudin Mas’od berkata, setelah membuat pembayaran untuk tujuan pensijilan bagi sesebuah premis, pasukan pengauditan yang terdiri daripada pegawai syarikat dan pegawai teknikal yang mengaudit sesebuah premis tersebut.

Katanya, pembayaran untuk permohonan sijil halal juga hanyalah RM200, sekaligus menyangkal dakwaan proses mendapatkan pensijilan itu memerlukan kos yang tinggi dan dalam masa yang sama dapat menarik lebih banyak syarikat untuk mendapatkan sijil halal.

“Sebelum membuat permohonan, syarikat perlu mempunyai eksekutif halal yang beragama Islam dalam syarikat mereka yang akan memantau perjalan pensijilan halal tersebut.

“Jadi, apabila mereka sudah membuat latihan dan proses dokumentasi, barulah permohonan dihantar kepada JAKIM,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

MOHD. FAKARUDIN MAS’OD

Sementara itu, beliau berkata, antara sebab pengenalan syarat untuk mempunyai eksekutif halal dalam syarikat yang mahu memiliki pensijilan halal adalah bagi menyangkal dakwaan mendapatkan sijil halal adalah mahal.

“Sebab dulu ramai yang guna khidmat konsultan yang menjadikan kos lebih mahal kerana ada yang mengenakan caj tidak masuk akal seperti RM100,000, RM400,000 sedangkan proses mendapatkan sijil hanya RM200.

“Bayangkan kalau proses menjadikan sijil itu gagal dan kos yang syarikat keluarkan adalah mahal. Tapi impak pula pada JAKIM,” ujarnya.

Tambahnya, jika sesebuah rangkaian restoran mahu mendapatkan pensijilan halal, mereka harus memohon bagi kesemua cawangan dan bukan satu cawangan sahaja.

“Kalau mereka ada 10 cawangan, maka kesemua 10 cawangan perlu mendapatkan lalui permohonan sijil halal. Cuma mereka boleh ambil masa untuk melakukan permohonan berasingan.

“Mereka tidak boleh mohon untuk satu cawangan sahaja. Itu salah kerana mereka membawa jenama dan produk yang sama dan berlaku kekeliruan contohnya cawangan di Kuala Lumpur ada halal tetapi di Putrajaya tiada sijil halal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya