MUKADIMAH DALAM nada penuh ketabahan, TOH PUAN NA’IMAH ABDUL KHALID, 68, terus mempertahankan maruah lelaki yang dicintainya, meskipun Allahyarham Tun Daim Zainuddin sudah tiada sejak setahun lalu. Bekas Menteri Kewangan itu menghembuskan nafas terakhir pada 13 November 2024 pada usia 86 tahun. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID dan INTAN SUHANA CHE OMAR, Na’imah membuka sisi peribadi yang jarang diketahui tentang disiplin kental Daim, perjuangannya dari anak…










