UKE: Hukum asal emas yang dipakai untuk perhiasan tidak diwajibkan zakat. Ini kerana emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Tetapi ia tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak seperti mutiara, berlian serta batu berharga dikecualikan zakat kerana perhiasan itu dikhaskan untuk kegunaan peribadi selain tidak dianggap sebagai aset yang berkembang. Kadar perhiasan yang dikenakan zakat adalah berbeza mengikut sesetengah tempat tetapi kebanyakannya adalah pemakaian yang melebihi 800 gram. Jika lebih daripada kadar 800 gram maka dikenakan zakat.

Seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor kadar uruf emas perhiasan yang ditetapkan adalah sebanyak 800 gram. Justeru sebarang pemakaian emas yang berulang atau sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat. Sebagai contoh jika pemakaian emas ialah 900 gram maka kaedah pengiraannya adalah seperti berikut;

Berat emas dipakai x Harga emas semasa (satu gram)x 2.5 peratus kadar zakat = 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5 peratus = RM3,727.80

Hukum insurans tidak patuh syariah

Adakah perlu saya membatalkan polisi insurans yang tidak patuh syariah. Mohon pencerahan ustaz? - Khairul, Mersing

UKE: Allah berfirman:”Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman.”-Surah al-Baqarah ayat 278.

Maka tukarkanlah skim dan pelan insurans anda kepada yang mematuhi syariah.