Tapi itu yang spontan keluar dari mulut seorang suri rumah apabila bertanyakan harapannya sempena sambutan Hari Wanita semalam.

Menurut Atie, 46, realiti kehidupan sekarang mendesak kaum Hawa untuk sentiasa berfikir bagaimana nak cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun. Ini kerana zaman

NORIHAN
NORIHAN 

sekarang adalah zaman susah.

Harga barang serba-serbi mahal. Nak tak nak, duit dalam dompet mesti berkepuk. Bagi yang makan gaji, okeylah, tiap-tiap bulan masyuk. Yang berniaga, lagi bagus, makin banyak untung makin tinggi pendapatan.

Tapi dia yang hanya seorang suri rumah, pastilah bergantung sepenuhnya kepada suami untuk belanja dapur dan keperluan asas.

Walau bagaimanapun, bukan Atie impikan wang yang banyak untuk berbelanja sakan, membeli beg tangan Louis Vuitton, bercuti ke Pulau Jeju atau Istanbul.

Sebaliknya niat dia hanyalah mahu membantu suami yang bertungkus-lumus bekerja

AINA
AINA 

menyara keluarga. Nak pula mereka tinggal di bandar raya Kuala Lumpur, hampir semua benda kena guna duit. Ada pula anak-anak yang masih kecil perlu ditanggung.

“Harapan saya supaya semua wanita lebih ‘kaya’, lebih murah rezeki supaya dapat bantu keluarga, suami, anak-anak.

“Zaman sekarang susah, harga barang mahal, orang perempuan mesti nak kena kerja. Kena ada duit sendiri, kena ada kerjaya sendiri,” katanya.

Pandangan sama disuarakan usahawan, Norihan, 38. Jelasnya, golongan wanita perlu berazam untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Ini supaya hidup keluarga mereka lebih senang, boleh maju ke depan meskipun pelbagai cabaran mendatang terutama dalam berdepan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Wanita perlu memajukan diri sendiri. Kalau kehidupan keluarga selesa, baharulah rumah

ZATY
ZATY 

tangga aman damai.

“Sekarang susah juga, barang mahal. Jadi kita (wanita) kena kerja lebih sikit, tak boleh duduk diam,” ujarnya.

Dia menyeru golongan wanita supaya sentiasa tabah untuk berdaya saing. Menurutnya, golongan itu banyak idea dan kebolehan. Kalau lihat di sekeliling pun, ramai usahawan terutama peniaga kecil adalah wanita.

Berdasarkan rekod, kira-kira 20 % daripada jumlah perusahaan kecil dan industri diusahakan wanita.

Sehubungan itu, Norihan mahu orang lelaki lebih memahami harapan mereka. Ramai wanita nak bantu suami. Tujuan wanita tidak lain hanyalah untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Ya, orang lelaki pun janganlah tunjuk eksyen, jangan buli wanita. Kalau tengok statistik Jabatan Perangkaan Malaysia untuk 2018, nisbah lelaki adalah 107 orang berbanding wanita, 100 orang. Daripada jumlah keseluruhan penduduk 32.4 juta orang, 16.7 juta merupakan lelaki dan selebihnya 15.7 juta ialah wanita.

ATIE
ATIE 

Unjuran nisbah jantina bagi 2020 pun sama, lelaki lebih tinggi iaitu 108:100 orang. Peningkatan ini dijangka sehingga 2040, 169:100. Jadi bilangan orang lelaki masih lebih ramai daripada wanita hingga 20 tahun lagi.

Seperti kata pekerja swasta, Zaty, 25, orang lelaki perlu terus memberikan sokongan kepada wanita. Dia berharap lebih banyak peluang diberikan kepada wanita dalam kerjaya.

Memanglah wanita ada sedikit kekurangan seperti perlu juga beri tumpuan kepada anak-anak dan suami. Namun itu tidak bermakna mereka tidak mampu beri sumbangan dalam pembangunan negara.

Zaty berpendapat, mungkin boleh dikembangkan bidang-bidang tertentu khusus untuk wanita.

Justeru, dia mahu golongan lelaki lebih menghormati hak wanita, jangan ambil kesempatan.

“Lelaki sekarang ramai eksploitasi wanita, macam guna wanita sebagai simbol seks semata-mata. Sebab wanita ni lemah, jadi ramai nak ambil kesempatan.

“Jangan buat macam tu, kita adalah manusia. Layanlah wanita seperti selayaknya,” tegasnya.

Sama seperti Zaty, Aina, 19, yang masih belajar berpendapat, semua pihak jangan sesekali pandang rendah keupayaan wanita.



Wanita mampu buat seperti mana lelaki lakukan. Dalam banyak keadaan, wanita boleh melaluinya meskipun payah rintangan yang perlu dilalui mereka.

“Kita (wanita) sebenarnya sama taraf dengan lelaki. Henti labelkan kami tidak setaraf lelaki. Jangan pandang rendah kepada kami,” jelasnya.

Kepada kaum Hawa, Selamat Hari Wanita. Bertemakan seimbang untuk sejahtera pada tahun ini, wajarlah kaum lelaki menyokong dan memberi peluang kepada wanita untuk sama-sama menjadikan kehidupan keluarga masing-masing lebih baik dan bahagia.

Boleh tonton video yang saya sediakan di www.utusan.com.my.