TANDAS dalam akuarium ini dibina di sebuah restoran di Tokyo, Jepun dan menjadi antara tarikan utama pelancong. GAMBAR NIPPON.COM

Kebanyakan tandas awam di Malaysia mempunyai tahap kebersihan yang rendah walaupun pelbagai kempen telah dijalankan. Tetapi adakah perkara tersebut berlaku disebabkan penjagaan yang sambil lewa daripada pihak yang sepatutnya ataupun hasil daripada sikap pengguna itu sendiri?

Seperti yang diketahui, terdapat tukang cuci yang ditugaskan untuk membersihkan tandas. Tetapi sebagai pengguna, kita sepatutnya memainkan peranan penting bagi mengekalkan kebersihan tandas dengan mengamalkan etika yang betul semasa menggunakannya. Sebagai contoh, pengguna boleh memastikan mereka telah menutup saluran air dengan betul supaya mengelak pembaziran atau menyebabkan berlaku ‘banjir’ di dalam tandas. Selain itu, pembuangan sampah seperti tisu tandas dan tuala wanita di tempat yang disediakan juga penting kerana perkara ini merupakan antara sebab utama tandas menjadi kotor.

Kita seharusnya mencontohi jiran terdekat kita di Thailand dalam menanam budaya amalan kebersihan tandas. Negara itu telah meletakkan kedudukan tandas sama pentingnya dengan restoran. Sebagai contoh, tandas di salah sebuah pusat beli-belah, Terminal 21 di Thailand mengetengahkan keunikan bandar-bandar terkenal dunia pada tandas awamnya.

Oleh itu, kebersihan tandas memerlukan satu solusi bagi memastikan tahap penjagaannya diamalkan semua oleh masyarakat.

HUSNIZAM HOSIN

UiTM Segamat