Mana tidaknya. Adik perempuan abang hensem me­ngadu yang pasangannya tidak pernah sedikitpun ro­mantik sepanjang hidup bersama 10 tahun ini.

Tanya abang hensem lagi, biar betul kau? Ya, sungguh, ja­wab adik perempuan abang hensem yang semasa remaja lagi memang menjadi rebutan sang jejaka.

Hairan juga. Susahkah orang lelaki nak bersikap gentleman (budiman) dan romantik dengan pasangannya?

Kalau ikut rentak abang hensem, sang hawa ini mesti di­manja-manja. Biar hidup lima tahun, 10, 15, bahkan 30 ta­hun pun, abang hensem akan layan kerenahnya ikut seadanya. Paling biasa dibuat abang hensem di rumah nak nampak ro­mantic, basuh pinggan mangkuk di sinki.

Tapi lelaki Pantai Timur abang hensem fikir tak akan buat gitu kan. Betul tak? Jangan marah ya.

Dulu waktu bujang, abang hensem hanya fikir diri sendiri saja. Tapi bila sudah ada pasangan hidup, prinsip diri adalah sayangi si dia yang kita miliki selagi hayat dikandung badan (che­wah! romantik gila kan?)

Begitupun abang hensem rasa tak perlulah anda semua ikut cara abang hensem hargai si dia di sisi. Masing-masing de­ngan caranya lah kan?

Tapi sebenarnya dalam hidup berpasangan ni (alam ru­mah­­tanggalah), formulanya mudah saja - sentiasa caring si dia.

Le­laki, tak kiralah maskulin atau macho kah, bukalah sikit jiwa romantik tu untuk yang tersayang. Paling sempoi pun, ingatlah tarikh harijadinya. Ini tak bila jarum jam panjang, pendek tepat 12.01 tengah malam, buat dek saja dengan dia di sebelah. Si dia jenguk, rupanya dah berdengkur.

Hahaha korang semua, suka tak lelaki romantik? Tipulah kalau korang orang perempuan kata tak suka dan tak mainlah romantik-romantik. Sebrutal mana sekalipun perempuan, pastinya hati dia ‘tersentuh’ dengan layanan lelaki yang ro­mantik.

Perempuan memang suka dilayan, dibelai, dimanja dengan kasih sayang. Jangan katakan perempuan, lelaki pun suka kalau sesekali dibelai.

Tapi hakikatnya perempuan memang suka lelaki yang Mr. Romantic, fantastic dan bombastic (ayat-ayat power). Ada ke kat sini yang suka lelaki garang, baran, cakap lepas, tak bertanggungjawab?

Orang perempuan ini memang suka diraikan. Tapi nasiblah kalau anda dapat pasangan yang ‘kedekut’ bab romantic ni sebab ada kalangan orang lelaki ni susah sangat luahkan perasaan. Tapi bila di luar rumah, wah bukan main lagi ‘jual minyak’ dengan perempuan lain.

Kena pandai-pandailah korang orang perempuan tahan hati, beli hatinya.