ASRI, Kuala Pilah.

UKE: Solat itu wajib dikerjakan selagi mana ada sempurna akal walau dalam apa keadaan sekalipun seperti sakit atau ketiadaan air untuk berwuduk dan sebagainya. Bagi masalah org sakit maka solat hendaklah dikerjakan mengikut keadaan si pesakit seperti dalam keadaan duduk, berbaring atau isyarat. Sungguhpun beegitu diberikan juga beberapa rukhsah (kelonggaran) seperti keharusan untuk bertayammum.

Jika dilihat kepada soalan anda saya dapat rasakan si pesakit berada dalam keadaan sakit yang tidak membolehkannya bergerak memandangkan peralatan yang penuh pada badan dan juga kesusahan kerana menanggung najis. Maka laksanakanlah solat menghormati waktu jika keadaan yang susah begitu.

Jenis haji 
paling afdal

Seorang sahabat telah menerima jemputan sebagai duyufurrahman tahun ini. Dia ada bertanya kepada saya tentang haji paling baik iaitu antara haji Ifrad, haji tamatuk dan haji Qiran. Saya kurang arif. Bagaimana pula pandangan ustaz tentang perkara ini. Antara ketiga-tiga jenis haji ini mana yang lebih afdal?

MUHAMMAD, Seremban

UKE:Tiada satu dalil atau nas yang jelas mengatakan jenis cara pelaksanaan haji yang terbaik sama ada Ifrad, Qiran atau tamatuk. Maka dengan itu ulama berbeza pendapat dan masing-masing ada pendapat tersendiri berdasarkan keilmuan dan ijtihad mereka. Namun harus diingatkan haji yang paling baik ialah hasil pelaksanaan daripada individu itu sendiri. Jika dia ikhlas, dikerjakan dengan baik, modal tambang dan perbelanjaan yang halal, dikerjakan dengan mengikut syarat dan rukun yang betul, maka itulah haji terbaik. Bukan jenis kerja haji yang perlu ditanya manakah yang terbaik sebaliknya perlu ditanya adakah aku buat haji dengan cara terbaik dan adakah aku memperoleh haji mabrur?