Rakyat sokong dan pilih PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas adalah untuk kehidupan yang lebih selesa masa depan. Jika pencen nak dihentikan apa yang ada pada masa depan pesara-pesara kerajaan nanti.

Rakyat menuntut janji-janji PH dalam manifesto PRU-14 bukannya hentikan kemudahan-kemudahan yang rakyat terima sebelum ini. Ini baru betul peribahasa Melayu 'langit berdentum, air dalam tempayan dicurahkan'.

Tiada ke idea yang lebih bijak daripada hentikan kemudahan-kemudahan yang rakyat dapat sebelum ini dan jual harta-harta dan syarikat-syarikat menguntungkan negara dalam usaha memulihkan ekonomi negara?

Apakah dengan lakukan itu semua benar-benar akan pulihkan ekonomi negara dan menyenangkan rakyat? Apa yang senangnya kepada penjawat awam kalau tiada skim pencen lagi?

Jadi Perkasa cadangkan untuk membuktikan bila skim pencen tiada lagi, pesara-pesara kerajaan akan gembira dengan keputusan itu, kita cuba hentikan dulu pencen-pencen pesara kerajaan yang sekarang ini memegang jawatan-jawatan kanan dalam parti-parti PH di mana mereka tidak menjawat apa-apa dalam kerajaan sekarang ini. Kita cuba tengok.

* Penulis ialah Setiausaha Agung Perkasa

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Onlin