Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang isu daripada kempen ini kerana ianya adalah hak mutlak pengguna untuk memilih dan dengan adanya produk bumiputera dapat meningkatkan persaingan secara sihat di pasaran dan memecahkan monopoli.

Persoalannya di sini, mengapakah Lim Guan Eng menggesa UMNO dan Pas mengecam kempen memboikot perniagaan bukan bumiputera.

Pada masa yang sama, segelintir pemimpin PH seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seperti cacing kepanasan akibat daripada kempen ini dengan mengatakan memboikot produk keluaran bukan bumiputera tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sesiapa.

Hal ini berlaku bukanlah berteraskan isu perkauman daripada orang Melayu. Pengguna pada hari ini semakin bijak berbelanja dan menyokong produk keluaran Bumiputera yang mampu membantu membangunkan ekonomi negara.

Sudahlah kerajaan PH gagal dalam agenda memperkasakan bumiputera, kini masyarakat melakukan inisiatif sendiri pula dituduh rasis dan tidak menguntungkan sesiapa.

Kerajaan PH adalah kegagalan terbesar yang dihadapi negara dengan menyebarkan provokasi dan sentiasa memainkan isu perkauman sehingga memecahbelahkan masyarakat Malaysia.

* Penulis ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Online