SYED PUTRA MEIR

Malangnya, sehingga ke hari ini, kanser masih menjadi pembunuh nombor dua penduduk negara itu selepas penyakit jantung walaupun peruntukan berjumlah puluhan bilion dolar telah disalurkan untuk membasminya.

Antara punca penyakit itu tidak berkurangan kerana faktor makanan, minuman dan udara disedut orang ramai yang telah dicemari pelbagai jenis bahan kimia akibat daripada arus pembangunan.

Pada masa sama, kaedah rawatan moden bagi kanser tidak banyak berubah iaitu pembedahan dan terapi radiasi serta disusuli kemudiannya kemoterapi iaitu menggunakan ubat-ubatan kimia sama ada dimakan atau disapu.

Kaedah kemoterapi terus digunakan sehingga kini walaupun mempunyai pelbagai kesan sampingan dan rata-rata pesakit yang dirawat biasanya hanya dapat hidup sehingga maksimum lima tahun sahaja.

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah rawatan alternatif telah diperkenalkan di AS untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Antaranya kaedah quantum touch iaitu terapi sentuhan yang diperkenalkan oleh Richard Gordon dan biontology iaitu terapi cahaya yang dipelo­pori oleh Johan Boswinkel.

Malangnya, kaedah rawatan alternatif itu kurang popular kerana terdapat pelbagai usaha terancang dilakukan untuk menyekatnya.

Mana-mana pihak yang menawarkan perubatan alternatif akan ‘diboikot’ dan dikenakan pelbagai halangan dari segi undang-undang kerana dikatakan mengamalkan pseudosains iaitu amalan perubatan yang tidak disahkan secara saintifik.

Sebab itu, dalam internet telah disebarkan teori konspirasi yang mendakwa kerajaan AS dan kartel syarikat farmaseutikal bersekongkol untuk menyekat kaedah rawatan alternatif.

Puncanya kerana industri kesihatan menghasilkan pulangan berbilion dolar setahun. Pihak ber­kenaan tidak mahu keuntungan termasuk hasil cukai lesap begitu sahaja jika diperkenalkan kaedah rawatan baharu yang lebih murah.

Malaysia yang menyaksikan kanser turut menjadi pembunuh nombor dua selepas penyakit jantung dengan kira-kira 25,000 kes baharu direkodkan setiap tahun, agak bernasib baik kerana telah wujud kesedaran untuk tidak mengulangi kesilapan sama se­perti yang berlaku di AS.

Ini terbukti apabila terdapat usaha-usaha untuk memperke­nalkan kaedah rawatan holistik yang melibatkan gabungan perubatan moden dan alternatif di hospital kerajaan.

Antaranya, seperti akupuntur dari China yang telah diperkenalkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Rawatan India kuno, ayurveda turut diperkenalkan di Hospital Port Dickson dan Hospital Rehabilitasi Cheras.

Malangnya, kaedah perubatan itu hanya berasaskan pengetahuan masyarakat kuno sedang­kan banyak rawatan alternatif berdasarkan pengetahuan moden belum ditawarkan di hospital kerajaan.

Kaedah quantum touch dan biontology walaupun ada ditawarkan di Malaysia tetapi terpaksa berselindung sebagai pusat rawatan kecantikan berikutan terdapat halangan dari segi undang-undang.

Mengulas perkara itu, Pakar Perubatan Orthomolekul dan Pemakanan Holistik, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir berkata, sudah sampai masanya kerajaan menggalakkan kaedah rawatan alternatif berasaskan pengetahuan terkini digunakan dalam rawatan penyakit di negara ini khususnya kanser.

Beliau berkata, langkah itu adalah penting kerana berdasarkan pengalamannya, ramai pesakit kanser yang mendapatkan rawatan alternatif dapat terus hidup walaupun doktor di hospital meramalkan jangka hayat mereka tidak panjang.

Tegas Syed Putra, kanser bukanlah hukuman mati dan rata-rata pesakit boleh dirawat.

Beliau menjelaskan, keba­nyakan pesakit kanser yang berjumpa untuk mendapat rawatan daripadanya sudah kronik.

“Majoritinya adalah pada tahap empat dan datang mendapatkan rawatan sebagai pilihan terakhir. Saya bersedia merawat mereka kerana sentiasa berpegang kepada prinsip untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit yang dikatakan tidak boleh disembuhkan.

“Pada mulanya ramai yang ragu-ragu dengan kaedah rawatan alternatif ini. Tetapi lama-kelamaan mereka boleh menerimanya kerana rawatan menghasilkan keputusan positif,” ujarnya yang telah menerbitkan sebuah buku bertajuk, Prof: The Cancer Assassin.

Buku itu memaparkan peng­alaman pesakit kanser tahap empat yang berjaya sembuh setelah beralih kepada perubatan alternatif.

Ditanya mengenai kaedah rawa­tan alternatif yang diamalkan, Syed Putra berkata, beliau akan melakukan analisis kan­dungan darah pesakit dan individu terbabit kemudiannya dikehendaki mengambil makanan tambahan.

Bagi pesakit kanser, makanan tambahan yang perlu diambil mereka mengandungi vitamin B17 daripada biji buah aprikot.

“Makanan tambahan ini sebagai sokongan bagi mening­katkan keupayaan tubuh badan manusia agar dapat melawan penyakit secara semula jadi,” katanya.

Jelas beliau, kaedah rawatan alternatif itu adalah jauh lebih murah berbanding konvensional yang secara purata sebanyak RM400,000 bagi setiap pesakit.

Beliau yang mempelajari kaedah perubatan orthomolekul dari­pada pakar di Hospital The Oasis of Hope, Tijuana, Mexico, berharap universiti tempatan turut memperkenalkan bidang pengajian berkaitan rawatan alternatif.

“Misalnya, dalam bidang orthomolekul, jumlah pakar masih lagi kurang di Malaysia berbanding Mexico dan Korea Selatan,” ujarnya.