Seperti biasa, DAP akan mempolitikkan segala benda dengan mengatakan kempen ini adalah ‘boikot’ yang akan memecahbelahkan masyarakat Malaysia. Walhal ia bukan boikot tetapi mengutamakan produk Muslim yang akan mewujudkan persaingan sihat dan membantu usahawan bumiputera yang menjadi majoriti di negara ini.

Pada masa sama, membeli adalah hak mutlak pengguna dan mereka bebas untuk memilih barangan di pasaran. Mengapakah DAP begitu sensitif mengenai perkara yang melibatkan Muslim?

Di manakah suara ahli DAP yang berbangsa Melayu dan agama Islam seperti Sheikh Umar Bagharib Ali (Ketua DAPSY Johor)? Bukankah mengutamakan produk Muslim adalah salah satu cara membantu saudara sesama agama?

Selain itu, Howard Lee juga menggunakan contoh sirah Nabi Muhammad SAW dalam kenyataannya untuk kepentingan politik.

Nasihat saya kepada DAP, jangan menggunakan elemen agama Islam dalam kenyataan atau tindakan politik kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

Kepada pimpinan DAP, henti menyalahkan UMNO, Pas serta masyarakat terhadap perkara yang berlaku pada hari ini kerana pepecahan terjadi di Malaysia adalah berpunca daripada parti DAP itu sendiri yang bersifat cauvenis, rasis serta radikal.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris adalah Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.