Pelbagai faktor dilihat menjadi penyebab kepada perkara itu terutama apabila menyentuh tentang hal-hal berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam yang sering dikaitkan dengan
kerajaan PH.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI, penganalisis politik, yang

HOO KE PING
HOO KE PING 

berpengalaman mengajar di American Liberty University selama lebih lima tahun, PROFESOR DR. HOO KE PING berkongsi pandangannya.

UTUSAN: Bagaimana Profesor melihat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK DUN Rantau? Adakah tsunami Melayu bakal berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?

KE PING: Saya rasa begitu. Sekarang ini pun sudah berlaku tsunami Melayu dalam siri PRK terdahulu. Malah ini juga merupakan satu petunjuk bahawa masyarakat Cina menerima kerjasama UMNO dan Pas dan ia telah terbukti dalam dua PRK iaitu di Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih . Ramai dalam kalangan orang Cina sekarang yang beralih arah. Jika dilihat kepada statistik, pengundi Cina di Rantau turun kira-kira 40 peratus berbanding 90 peratus dalam PRU-14. Sejarah juga pernah membuktikan orang Cina tidak menolak Pas sewaktu mereka bersama-sama dengan DAP.

Mengapa ini berlaku?

Sudah semestinya isu semasa di samping membabitkan isu kepentingan orang Melayu. Sebagai contoh, harga kelapa sawit dan getah yang merudum jatuh sehingga menyebabkan ramai pekebun atau penduduk luar bandar marah tanpa mengira bangsa. Itu menguatkan asas mengapa kerajaan PH semakin ditolak.

Sebelum ini, Profesor mengatakan PH tiada ‘roh Melayu’ untuk mendekati pengundi Melayu? Boleh Profesor ceritakan dengan lebih terperinci?

Kalau dilihat kepada jumlah kerusi antara parti dalam PH, DAP kuat dengan 42 buah kerusi. Dahulu dalam BN, wakil rakyat daripada UMNO pun ada lebih 90 kerusi. Jadi daripada jumlah kuasa politik, DAP terlalu kuat dan mereka masih berpegang kepada prinsip Malaysian Malaysia sedangkan itu bertentangan dengan orang Melayu. Selepas itu pula, banyak dasar daripada menteri PH yang tidak membantu serta tidak menjaga orang Melayu. Itu belum dikira dalam soal hibah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), isu status hak milik tanah 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu di Perak dan isu lain. Banyak impak dah dirasai. Di sinilah boleh dilihat kurangnya semangat Melayu dan ‘kemelayuan dihancurkan’. Ini satu konflik besar antara kaum.

Apakah yang perlu ada untuk memenangi hati orang Melayu?

Institusi dan hak mereka perlulah dijaga termasuklah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. DAP juga perlu ingat, walaupun mereka semakin kuat dari segi jumlah kerusi, tetapi mereka tiada jaminan dan undi mereka mampu berkurangan lagi pada masa akan datang.

Sebelum ini PH sering menuduh kerjasama UMNO dan Pas itu sebagai isu perkauman. Bagaimana Profesor melihat keadaan itu?

DAP cakap perkauman tapi bagaimana pula kerjasama mereka dengan Pas pada tahun 1999? Jadi ini tidak semestinya perkauman bukan? Ini satu tuduhan tidak berasas, ini juga satu strategi. Apa sahaja boleh berlaku. Sebenarnya banyak faedah jika UMNO dan Pas bergabung terutama untuk pilihan raya umum akan datang. Dan bagaimana 
pula jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung bersama dengan UMNO dan Pas? Sudah tentu sekurang-kurangnya 70 peratus undi orang Melayu akan pergi ke pakatan tersebut.