Isu kali ini membawa Rais mengupas punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang diwakili calon Bersatu, Muhammad Aiman Zainali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kelmarin.

Rais yang turun padang menjenguk sebahagian besar pusat daerah mengundi (PDM) di Semenyih semasa kempen 14 hari, mengakui majoriti yang diraih calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Zakaria Hanafi bukan sedikit - 1,914 undi.

Cuma Rais yang gemar berterus terang dan dikutip pengamatannya tanpa suntingan (diedit) oleh Zulkifli menerusi perbualan telefon pada malam pengumuman keputusan PRK Semenyih Sabtu lepas, mengutarakan sebab-musabab berikut yang membawa kejutan PH di Semenyih.
 

MANIFESTO PH TIDAK MEMBANTU?

PH perlu terima hakikat manifesto utama mereka yang tidak mengenakan tol bagi beberapa lebuh raya bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi tidak membantu di Semenyih.

Banyak pihak tidak bersetuju selagi inti manifesto ini tidak jelas. Tidak nampak alih paradigma

KERAJAAN PH perlu `melunakkan imej DAP supaya perasaan perkauman
KERAJAAN PH perlu ‘melunakkan’ imej DAP supaya perasaan perkauman dan
tindak tanduk melulu DAP dapat direalistikkan terutama kepada orang Melayu,
Islam.–GAMBAR HIASAN

mudah dengan PH sebagai Kerajaan Pusat.

Tanpa tol yang bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi ini memang menjadi ejekan. Ini melonjakkan tanggapan bahawa PH tidak serius untuk membasmi tol.

Ramai pemimpin PH tidak akan bersetuju dengan pandangan saya (Rais) ini, tetapi ini semua harus dilihat dari pelbagai sudut, antaranya isu cukai jalan dan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang sebahagian besar memiliki syarikat konsesi tol.Contohnya, kalau GLC ambil balik saham mereka, maka syarikat-syarikat tol kena bertindak di sebelah rakyat. 



DENGAR HUJAH PEMBANGKANG?

Sebenarnya isu ‘tanpa tol 11 malam hingga 5 pagi’ ini, PH kena dengar hujah 
sebelah sana (BN) dan perlu dianalisis jika PH hendak terus menampakkan diri sebagai pembela rakyat.

SLOGAN #maluapabossku yang dibawa Najib Tun Razak memiliki auranya
SLOGAN #maluapabossku yang dibawa Najib Tun Razak memiliki auranya tersendiri namun sering diremehkan oleh kerajaan PH.– UTUSAN

Imej PH sebagai pembela rakyat di Semenyih telah luntur bila mana PRK DUN Rantau yang bakal menyusul, tidak memberikan masa yang cukup untuk PH menangani isu-isu yang ‘merejamnya’.

Justeru, tindakan serta-merta terhadap dasar-dasar dan manifesto PH perlu dihuraikan dengan jelas ketika turun harga minyak 12 sen dan tanpa tol tidak berkesan. Juga, isu-isu yang menghuraikan pandangan negatif terhadap pemimpin Pas juga tidak berkesan termasuk dakwaan pemimpin Pas menerima RM90 juta daripada UMNO.
 


MELAYU TOLAK DAP?

Orang Melayu di Semenyih sangat enggan terima hakikat tindak tanduk melulu DAP. Kerja rumah (homework) yang perlu dibuat secara serius oleh PH ini adalah ‘melunakkan’ apa-apa imej DAP supaya ‘perasaan perkauman dan tindak tanduk melulu DAP’ dapat direalistikkan pada kenyataan-kenyataan yang dibuat.

Yang pasti adalah tidak mudah untuk menerima keberadaan DAP di kampung-kampung dan kawasan majoriti Melayu.

Isu DAP dan kes rasuah (yang sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin UMNO) 
sama melonjak naik. Dan oleh kerana ketinggian emosi dan sentimen orang Melayu terhadap DAP, maka Najib yang dikeskan tidak dapat apa-apa perhatian. Cuma di ‘tangga kambing’ sahaja.

Saya pergi ke semua PDM di Semenyih. Realiti seolah-olah amnya begitu. Ini fakta yang perlu dilunakkan oleh PH di mana penerimaan komuniti Melayu begitu tebal terhadap DAP walaupun tidak diluahkan segalanya pada isu tertentu.

Hal ini tidak dapat disangkal walaupun realiti kes demi kes rasuah, orang Melayu tidak tersentak. Ini suatu keganjilan yang pada saya akan merosakkan masyarakat di mana tidak ada pendirian bahawa kes rasuah itu salah. Diharap ini bukan suatu kebiasaan.


 

KERJASAMA erat yang diperlihatkan pemimpin tertinggi UMNO dan
KERJASAMA erat yang diperlihatkan pemimpin tertinggi UMNO dan Pas
ternyata diterima baik orang Melayu, Islam.– BERNAMA

EGOISTIK KOMPONEN PH?

Saya fikir egoistik parti-parti politik perlu ke tahap minimum. Imej egoistik itu harus tidak dinampakkan dalam hal-hal berkaitan hak-hak masyarakat.

Dalam PH, dominannya adalah PKR dan DAP. Kedudukan dominan ini meresap dalam masyarakat Tionghua. Di semua saluran majoriti Cina di Semenyih, PH menang tetapi tidak di kawasan Melayu yang dikuasai BN/UMNO. Ini meresahkan dan dikaitkan dengan imej parti tertentu. 



KURANG PERCAYA ‘BOSSKU’ TAPI...

Mula-mula kurang percaya (kekuatan slogan #maluapabossku ini), tetapi dengan slogan itu, apa pun orang Melayu ada pendirian jelas apa yang dianggap ‘korupsi besar-besaran’. 



DIVIDEN PAS BUAT UMNO

Pas sudah main peranan bersama UMNO walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada awalnya menyatakan (kepada Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad) bahawa Pas tidak akan membantu UMNO di Semenyih. Tetapi Pas terus membantu UMNO juga dan impaknya telah memberi dividen kepada UMNO sehingga memungkinkan kemenangan.



KEYAKINAN PH ‘BERGEGAR?

Keputusan di PRK Semenyih ‘menggegarkan’ keyakinan dan kepercayaan banyak pihak terhadap PH dan Bersatu. Apa yang berlaku di Semenyih adalah pelajaran sementara buat PH.

Dan memandangkan PRK DUN Rantau tidak lama lagi, situasi perebutan dalam kalangan sesama sendiri ahli-ahli PKR untuk bertanding di situ telah menjejaskan persediaan PH untuk merampas kerusi berkenaan.