Terap dan sebuah lagi di Masjid Tok Keling, Alor Mengkudu.

Bahagian tingkap Masjid Tok Keling dibakar sehingga menyebabkan kerosakan kepada kompresor pendingin hawa manakala permaidani di ruang solat utama dibakar di Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang.

Timbul persoalan sama ada ini perbuatan khianat kerana terdapat tong petrol di kawasan berhampiran.

Perbuatan ini boleh disiasat mengikut seksyen-seksyen dalam Kanun Keseksaan berdasarkan fakta kejadian.

Antaranya Bab XV kesalahan-kesalahan berkenaan dengan agama seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan bencana atau mencemarkan tempat sembahyang, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, dan seksyen 298A menyebabkan (di atas alasan-alasan agama), suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan.

Pembakaran sengaja, juga dikenali dalam bidang perundangan sebagai “arson” merupakan satu bentuk jenayah membakar harta-benda, struktur, bangunan serta kawasan

hidupan liar.

Ia boleh dibezakan daripada punca kebakaran lain seperti pembakaran spontan serta kebakaran hutan semula jadi. “Arson” boleh juga ditakrifkan sebagai membakar harta-benda orang lain ataupun harta-benda sendiri secara sengaja untuk menuntut pampasan insurans. Bab XVII Kanun Keseksaan merujuk kesalahan-kesalahan terhadap harta antaranya seksyen 435 khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.

Pesalah yang didakwa atas kesalahan “arson” boleh didakwa di bawah seksyen 435, 436 dan 438 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 7 hingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Hukuman kesalahan sengaja membakar masjid di Malaysia tidak begitu keras berkemungkinan menyebabkan perbuatan ini dibuat berulangkali dalam tempoh yang dekat.

Seorang lelaki yang disabitkan atas jenayah kebencian kerana membakar sebuah masjid di Texas telah dijatuhi hukuman penjara 25 tahun.

Marq Perez telah didapati bersalah membakar Pusat Islam Victoria, terletak 200 kilometer di barat daya Houston pada 2017.

Jenayah itu dianggap kumpulan hak asasi Islam sebagai sebahagian gelombang meningkat ketaksuban terhadap komuniti Islam di Amerika Syarikat.

Dia disabitkan atas kesalahan jenayah kebencian kerana membakar Pusat Islam Victoria di samping bersalah menggunakan kebakaran dalam melakukan kesalahan persekutuan serta memiliki peranti pemusnah tidak berdaftar dalam insiden berasingan namun berkaitan.

Apakah motif kejadian membakar empat masjid-masjid berkenaan? Pelbagai andaian dan spekulasi turut mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. Sekali lagi keharmonian masyarakat digugat.

Insiden ini ibarat provokasi untuk mencetuskan rusuhan berselindungkan agama.

Isu perkauman dan agama sangat rapuh dan kerap digunakan oleh untuk memecah-belahkan rakyat.

Manusia sudah hilang pertimbangan sehingga rumah ibadat turut dijadikan korban.

Roos Niza Mohd. Shariff merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.