• FATIMAH, Jelebu.

UKE: Ditanya kepada Rasulullah SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Rasulullah:”Solat pada awal waktu.”-Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud. Terlalu banyak hadis yang menerangkan kelebihan solat pada awal waktu, maka sepatutnya jangan dipandang ringan tentang tuntutan solat pada awal waktu ini. Perbuatan melewatkan waktu untuk disambung dengan waktu solat seterusnya adalah satu perkara makruh kerana sengaja melewat-lewatkan waktu solat yang sepatutnya dikerjakan pada awal waktu. Oleh itu perbuatan ini hendaklah ditinggalkan dan sempurnakanlah solat pada awal waktu. Sesungguhnya perbuatan itu amat dikasihi oleh Allah SWT.

Bagaimanapun jika ada satu kemaslahatan yang menyebabkan seseorang itu terpaksa melewatkan solatnya yang pertama agar hampir dengan waktu solat yang kedua kerana sakit atau kesukaran mendapatkan air wuduk atau tidak boleh membersih dengan kerap atau tidak mudah mengawal pembuangan najis atau pendarahan yang susah dihentikan adalah diharuskan tetapi kalau sengaja dilewatkan maka hukumnya tetap makruh.

Maksud hari putih

Apakah yang dimaksudkan hari putih setiap bulan bagi membolehkan seseorang itu berpuasa sunat sekurang-kurangnya tiga hari sebulan. Bagaimanakah kiraan hari putih tersebut. Mohon penjelasan ustaz.

  • MIRA, Ampang.

UKE: Rasulullah SAW bersabda:“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan hijriah).”

Maka puasa hari putih ini ialah pada 13, 14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan mengikut kalendar hijriah. Dinamakan hari putih kerana bulan yang mengambang penuh ketika itu.