Antara cadangan beliau, karya-karya yang dihasilkan di-tingkatkan kualiti dengan mengambil kesempatan daripada perkembangan pesat Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan kemajuan internet.

Bagi saya, cadangan Hasan amat baik kerana ia selaras dengan perkembangan yang penulis mahu labelkan sebagai Kesusasteraan 2.0 apabila internet dan teknologi IR 4.0 seperti perkomputeran awan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan dan menyimpan karya sastera.

Kesusasteraan berasal daripada gabungan perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu su dan sastra yang membawa maksud karya seni yang cantik dan berguna yang disampaikan dalam bentuk lisan serta bertulis.

Kesusasteraan 2.0 mempunyai takrif lebih luas apabila karya terbabit bukan sahaja disiarkan dalam bentuk buku dan cetakan akhbar seperti kebiasaan sebaliknya menggunakan format digital sepenuh-nya.

Bayangkan novel se-perti Salina oleh Saste-rawan Negara, A. Samad Said yang dianggap pengkritik sastera sebagai novel Melayu pertama yang berjaya mencapai taraf antarabangsa di-sampaikan dalam format baharu ini. Sudah tentu akan mendapat sambutan lebih ramai pembaca.

Antara contoh karya dalam format ini adalah seperti yang diperkenalkan menerusi laman web WingMakers.com sejak 1998 yang telah dilayari berjuta-juta orang dari seluruh dunia dan diterjemah dalam pelbagai bahasa.

Penulis yang menggunakan nama samaran James Mahu telah menulis novel fiksyen bertajuk The Ancient Arrow Project yang berkisar tentang penemuan artifak misteri di Chaco Canyon, New Mexico, Amerika Syarikat (AS) pada 1972 yang dikatakan tinggalan pihak yang menggelar diri mereka WingMakers.

Jalan cerita yang disampai Mahu sebenarnya biasa-biasa sahaja kerana tema sama telah digunakan ramai penulis lain seperti Radu Cinamar dengan novel Transylvanian Sunrise berkaitan artifak misteri yang dijumpai di pergunungan Bucegi, Romania pada 2003.

Karya WingMakers mendapat sambutan hebat kerana ia disampaikan dalam format Kesusasteraan 2.0 iaitu video, lukisan, muzik, puisi dan glyph (simbol).

Kebanyakan karya itu boleh diperoleh secara percuma dalam bentuk digital yang sudah tentu akan dapat menarik bilangan pembaca yang ramai.

Walaupun percuma, akan ada pembaca yang mahukan novel berkenaan dalam bentuk bercetak yang sudah tentu dijual. Begitu juga muzik dan lukisan yang perlu dibayar.

Satu lagi hakikat, Kesusasteraan 2.0 menekankan kepada karya sastera dan bukannya penulis kerana ia akan dipasarkan secara global. Sehingga kini tiada siapa pun tahu nama sebenar penulis novel berkenaan.