Korang semua pasti sedang berkira-kira memilih universiti atau kolej mana yang mahu dimasuki. Dalam kepala, program mana pilihan hati?

Pengajian peringkat diploma, asasi atau matrikulasi? Atau mahu ke seberang laut terus dengan pembiayaan pinjaman atau biasiswa tersohor dari syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC)?

Tapi bagi yang kurang berjaya terutama dalam SPM, abang hensem harap jangan putus asa. ‘Belum kiamat’ lagi dunia.

Dari pengalaman abang hensem, segalanya terletak di tangan kita sendiri. Macam-macam adik-adik boleh explore. Yang tak bagus Matematik atau Sains, boleh pergi ke bidang-bidang kreatif. Abang hensem kira eloklah adik-adik mencabar diri harung dunia ini dengan benda-benda baharu.

Abang hensem percaya, pelajar perempuan sama juga perlu bertarung dalam cabaran semasa. Tapi, orang perempuan ni kehebatan pencapaian akademiknya terserlah. Pada 2013 sahaja, lebih 86,798 wanita memasuki menara gading berbanding lelaki, meningkat daripada 67,734 orang pada 2009.

Okeylah, abang hensem hadiahkan satu lagu ya dendangan Kak Sheila Majid untuk adik-adik hayati pengertiannya:

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan