Lega sebab penjenayah `mental’ seperti ini kalau tidak dicekup, kelibatnya selepas itu ke mana? Tup, tup ada dalam lif pangsapuri kediaman akak cute, rakan sekerja abang hensem. Tak ke naya.

Di ruangan santai ini, abang hensem nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan polis kita kerana begitu cekap menangkap suspek.

Abang hensem memang kagum sangat dengan pihak polis kerana walaupun suspek cuba ubah wajahnya dengan tiru gaya abang hensem yang botak, masih boleh dicam untuk dicekup. Syabas PDRM!

Buat rakan-rakan abang hensem dan anda pembaca, sebenar-nya banyak kejadian yang tragis sering terjadi dalam lif di merata dunia ini.

Dari kes lif yang tiba-tiba rosak sampai terperangkap empat lima jam orang di dalamnya, hinggalah tersangkut dan tiba-tiba terjunam. Kejahatan paling dahsyat adalah berlaku pembunuhan dan perkosaan dalam lif yang sunyi sepi.

Abang hensem sengaja bawakan kisah lif ini kerana hasil siasatan abang hensem mendapati ramai daripada kita ini yang cuai bila masuk lif.

Siapa lagi kalau bukan orang perempuan dik oi. Orang perem-puan ini kalau tak ditegur, depa tak ingat. Bila masuk lif tu, pastikan berdua. Jangan ‘terkedek-kedek’ sorang. Bahaya.

Apa! Hang ingat CCTV tu boleh selamatkan hang waktu tu. Benda tu boleh rakam jer. Tapi kejadian sudah berlaku.

Bukanlah abang hensem sengaja nak takut-takutkan orang pe-rempuan. Ya, negara kita memang aman damai tenteram tapi apabila masuk ke dalam lif, ia seperti masuk dalam dunia lain. Tambah lagi bila tingkat yang nak kita tuju aras 50 atau 60.

Perhatikan dan `cuaklah’ sikit dengan orang di belakang, hadapan dan sebelah korang dalam ruang yang sempit itu.

Dan katakanlah anda cuma bertiga bersama seorang lelaki dalam lif. Bila seorang (wanita) itu keluar di tingkat yang ditujunya, meskipun anda hanya ada dua tingkat lagi ke destinasi, bergegaslah sama keluar bersama wanita berkenaan. Tinggalkan si lelaki berkenaan. Dunia sekarang dik. Tak boleh percaya, macam-macam boleh berlaku.

Abang hensem tak ada pengalaman ngeri dalam lif. Alhamduli-llah. Cuma sekali saja terperangkap hampir sejam.

Tapi waktu itu abang hensem tak gabra sebabnya ada dua tiga orang dalam lif itu yang panik sungguh. Yang abang hensem buat cuma tekan butang loceng kecemasan, gunakan sistem interkom dan buat panggilan kepada nombor kecemasan yang tertera dalam lif.

Bantuan pun tiba. Abang hensem kesat juga peluh di dahi.