“Saya mula meminati bidang astronomi sejak sekolah rendah lagi, tetapi betul-betul menetapkan minda saya untuk menceburi bidang ini ketika berumur 13 tahun setelah menonton filem Armageddon dan Apollo 13,” katanya seperti dilapor Majalah Sains.

Nur Adlyka yang merupakan pelajar Ph.D dari Pusat Esktragalaksi Astronomi di Universiti Durham United Kingdom Nur Adlyka baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia apabila menemui bukti kewujudan lubang hitam raksasa (suppermassive black holes) di galaksi yang terletak kira-kira 38 juta tahun cahaya daripada Bima Sakti.

Lubang hitam raksasa ditakrifkan sebagai lubang hitam yang saiznya sekurang-kurangnya satu juta kali besar daripada matahari.

Dalam penyelidikan tersebut, Nur Adlyka diberi tugas khusus mencari lubang hitam berkenaan yang tersembunyi daripada pandangan mata kasar kerana dilindungi oleh gas dan habuk yang tebal.

Menurut Adlyka, beliau kini di bawah penyeliaan Prof. David Alexander, profesor Astronomi dan juga Timbalan Pengarah, Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Universiti Durham.

Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar itu turut berharap kejayaannya memberi inspirasi kepada anak-anak muda menceburi bidang astronomi dan astrofizik.

 

HYOLITH RUNGKAI MISTERI LAUT
Penemuan seekor haiwan ganjil yang tinggal di dasar laut sejak 500 juta tahun lalu membongkar misteri yang sebelum ini gagal dirungkai saintis.

BBC News melaporkan, pe­nemuan itu dibuat seorang saintis dari University of Toronto, Joseph Moysiuk selepas menganalisis lebih 1,500 spe­simen yang digali daripada batu-batu di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Jelas Moysiuk, haiwan ganjil yang dikenali sebagai Hyolith memiliki cengkerang berbentuk kon kecil dan dikenali di seluruh dunia terutamanya daripada kumpulan fosil cangkerang tersebut.

“Hyolith hanya muncul dalam rekod fosil kira-kira 530 juta tahun lalu dan mampu hidup hingga 250 juta tahun.

“Namun, bagaimana hyolith boleh dikaitkan konsep ‘pokok kehidupan’ atau kepercayaan tradisional masih menjadi misteri sejak penemuan spesies daripada kategori hampir sama kira-kira 175 tahun lampau,” kata Moysiuk.

Selain memiliki cengkerang berbentuk kon, hyolith mempunyai sesungut yang digunakan untuk menyuap makanan dan bertindak seperti ‘kaki’ pada waktu tertentu.

Menurut saintis, hyolith tergolong dalam kumpulan invertebrata atau haiwan tidak mempunyai tulang belakang.

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature juga mendedahkan, tisu lembut yang dimiliki Hyolith membolehkan haiwan tersebut digolongkan dalam ka­tegori ‘fosil istimewa’ selepas dijumpai di sebuah lokasi khas di Kanada iaitu Burgess Shell.

 

PARLIMEN EROPAH BAKAL MENGUNDI TENTUKAN HUBUNGAN ROBOT DENGAN MANUSIA
Anggota Parlimen Eropah (MEPs) dijangka mengundi untuk memutuskan sama ada perlu memberi status sah kepada robot sebagai ‘makhluk elektronik’.

Pengundian yang pertama seumpamanya melibatkan satu set peraturan komprehensif yang menentukan cara manusia berinteraksi dengan robot atau sistem kepintaran buatan manusia (AI).

Langkah itu diambil berikutan wujudnya kepercayaan bahawa dunia kini berada di satu titik persimpangan revolusi robot dalam industri baharu.

Menurut laporan portal BBC, peraturan itu memperuntukkan pereka cipta perlu memastikan robot ciptaan mereka mempu­nyai suis pembunuh yang boleh berfungsi untuk mematikan robot itu, jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Selain itu, para pengguna pula seharusnya boleh menggunakan robot tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang tentang kemudaratan fizikal atau psikologi.


MESTERY - ORGAN BARU MANUSIA DAN FUNGSINYA!
Sekumpulan penyelidik telah mengkategorikan organ yang baru saja ditemukan di dalam tubuh manusia, satu organ yang bersembunyi dari pandangan di dalam salur pencernaan selama ini. Walaupun sekarang kita mengetahui tentang struktur organ baru ini, fungsinya masih perlu banyak dikaji dan hasil kajian berkenaan diharap dapat membantu memahami penyakit berkaitan pencernaan.

Organ mesentry ini awalnya didakwa sebagai serpihan sebahagian organ, tetapi ternyata ia sebuah organ yang mempunyai fungsinya sendiri. Bukti penemuan organ ini diterbitkan di The Lancet Gastroenterology & Hepatology.