Sememangnya had umur bersara 60 tahun yang ada sekarang sudah mencukupi. Tidak perlu lagi buat tuntutan dinaikkan walaupun di Singapura umur persaraannya 65 tahun.

Awang juga bersetuju dengan pandangan Dr. Mahathir bahawa tindakan meningkatkan umur persaraan hanya akan menyebabkan peluang kenaikan pangkat atau jawatan bagi generasi muda tergendala.

Perlu diingatkan apabila usia meningkat tidak semestinya kita akan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, Awang bimbang nanti kos rawatan akan melebihi kos produktiviti. Akhirnya semua pihak rugi.

Lebih malang lagi apabila sudah tidak mampu melakukan lagi tugasan kerana sakit atau tiada lagi keupayaan untuk meningkatkan produktiviti, pihak terlibat terpaksa pula cari alasan memecat pekerja berkenaan.

Awang bimbang selepas 65 tahun, akan ada pula meminta umur persaraan 70 tahun. Soalnya, takkanlah seolah-olah perlu bekerja `sehingga ke liang lahad’? Fikirkanlah.
 
AWANG – Dah tahu bila mahu bersara.