Walaupun kita menghormati pandangan sesetengah pihak tetapi mereka perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan salah faham sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu, khususnya. Pada pandangan Awang, dalam memastikan pelaksanaan tulisan khat itu berjalan dan lancar serta memberi kesan, memang benar kita memerlukan pendapat pelbagai pihak, itulah yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Justeru kalau ada pihak yang tidak puas hati, mereka tidak perlu bertindak apatah lagi membuat kenyataan seolah-olah mahu menjadi wira kepada kaum tertentu, sebaliknya pilihlah jalan untuk berbincang dengan kementerian terlibat. Awang yakin Kementerian Pendidikan sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan bersedia berbincang demi kepentingan pendidikan di negara ini tidak kira di peringkat apapun sekali pun.
 


Awang – Sentiasa berbincang.