Walaupun pasukan Malaysia sudah dua kali terpaksa menaiki kenderaan itu untuk pulang ke hotel penginapan iaitu dalam final Piala AFF 2010 dan final Sukan SEA 2011 namun itu bukanlah alasan untuk isu tersebut dibangkitkan lagi.

Adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak terus berdebat soal barracuda kerana ia tidak memberi manfaat, sebaliknya hanya akan memanaskan keadaan kerana seolah-olah kalau Malaysia lawan Indonesia sesuatu yang buruk pasti berlaku.

Justeru Awang bersetuju dengan pandangan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Marsal Masita yang menegaskan, mereka sudah berulang kali memberi jaminan keselamatan kepada pasukan Malaysia dan merayu penyokong agar tidak menyukarkan keadaan.

Jaminan itu sudah cukup, apatah lagi Polis Diraja Malaysia (PDM) dan Polis Republik Indonesia (POLRI) telah mengadakan perbincangan bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku.

Awang bimbang jika `perdebatan’ antara pemimpin FAM dan PSSI berterusan, ia hanya akan membangkitkan semangat tidak sewajarnya daripada penyokong masing-masing.

AWANG – Ramai kawan di Jakarta.