Bagi Awang kerisauan baginda tepat pada waktunya apatah lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan pegangan politik.

Malangnya masjid dan surau bertukar fungsi pula kepada medan perpecahan dan perseteruan hanya kerana perbezaan ideologi dan kepartian .

Seharusnya kita mencontohi bagaimana orang Cina bersatu dalam banyak perkara dari menyokong politik satu parti hinggalah perkongsian kek ekonomi sesama mereka.

Dan tidak pula kita mendengar mereka bergaduh sesama sendiri di tempat ibadat yang dianggap suci angkara perbezaan politik.

Selain itu ketegasan baginda menyentuh isu liberalisme, LGBT dan golongan ajaran sesat seharusnya menjadi panduan untuk mana-mana pihak berwajib mengambil tindakan segera.

Ini penting supaya fahaman liberalisme yang memperjuangkan hak kesamarataan sehingga membawa budaya LGBT perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjadi satu ikutan yang mampu merosakkan masyarakat.

Jika tidak ditangani secepar mungkin ia akan hanya memperlihatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berterusan tidak serius mempertahankan Perlembagaan, orang Melayu serta kedudukan Islam dan hanya gemar melakukan retorik Malaysia Baharu.

AWANG: Raja dan rakyat berpisah tiada.