Justeru Awang bersetuju dengan teguran bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut resah dengan perkembangan berkenaan kerana ia tidak menguntungkan negara.

Sebenarnya individu pertama yang membuat teguran berhubung perkara itu ialah bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. Tegas Daim dalam satu wawancara, kemahiran komunikasi merupakan alasan utama masyarakat tidak gembira dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Oleh itu Awang berharap para menteri terimalah teguran secara terbuka. Sebagai orang berpengalaman dalam Kabinet, Hishammuddin mahupun Daim berhak memberi pandangan atau teguran mereka.

Awang percaya masa masih ada masa untuk anggota Kabinet terlibat memperbaiki kelemahan dalam soal berkenaan bagi membolehkan mereka memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Perkara itu bukanlah susah sangat.

Apa yang penting mereka memahami portfolio masing-masing dan jangan lagi berfikiran seperti ketika berada dalam pembangkang dahulu kerana kini mereka adalah kerajaan.

AWANG - Sudah lama keliru.