Sejak akhbar Awang membuat pendedahan berhubung penguasaan warga asing ke atas pasar tersebut seperti mana dilaporkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 3 Mac lalu, jabatan tersebut sememangnya proaktif melakukan operasi bagi menghapuskan sentimen warga asing bahawa ‘pasar borong kami yang punya’.

Awang berharap operasi seumpama itu akan diteruskan bukan sahaja di Pasar Borong Selayang malah seluruh negara.

Fenomena warga asing menguasai perniagaan termasuk di kedai-kedai runcit seolah-olah sudah menjadi tidak terkawal dan memerlukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Pada masa sama Awang juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap orang tempatan yang bersedia menyewakan ruang niaga atau premis mereka kepada warga asing. Perbuatan ini tidak bertanggungjawab kerana mahu mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Jika siasatan mendapati ada mana-mana orang tempatan melakukan perkara tersebut, premis atau ruang niaga itu harus dirampas dan diberikan kepada kelompok yang benar-benar mahu berniaga secara jujur.

Awang - suka pasar malam