Sudah pastilah kejadian tersebut menimbulkan persoalan, sejauh manakah pihak berkuasa mengambil iktibar dan melakukan persediaan bagi menghadapi bencana seumpama itu selepas ia berlaku kali pertama tidak lama dulu.

Dalam menghadapi situasi yang Awang anggap kritikal itu, semua pihak terlibat perlu telus menanganinya. Situasi keselamatan di Pasir Gudang perlu dijelaskan secara terperinci, apakah ia masih selamat untuk diduduki atau tidak?

Kita tidak boleh berselindung apa-apa kerana ini melibatkan nyawa manusia. Bayangkan antara yang terancam ialah 20,180 pelajar dan guru dari 16 buah sekolah di sekitar daerah berkenaan.

Pada masa siasatan rapi perlu dijalankan bagi mengenalpasti dalang di sebalik kejadian pencemaran alam sekitar itu. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman seberat-beratnya.

AWANG - Sedih.