Oleh itu masanya sudah tiba untuk menghapuskan gejala itu habis-habisan, apatah lagi melibatkan anggota penguat kuasa yang sanggup mengkhianati amanah semata-mata mahu hidup mewah.

Sebenarnya, Awang sudah lama tahu wujudnya pengkhianat atau musuh dalam selimut dalam agensi penguat kuasa. Kelompok inilah yang menjadi dalang membocorkan maklumat operasi kepada sindiket, selain melindungi premis-premis yang menjalankan kegiatan haram termasuk judi dan pelacuran.

Berikutan itu sindiket tidak berasa takut untuk menjalankan kegiatan haram mereka kerana tahu segalanya sudah diuruskan dengan merasuah anggota-anggota agensi penguat kuasa tertentu.

Justeru, Awang menyokong penuh tindakan tegas membersihkan semua agensi penguat kuasa daripada amalan rasuah. Individu terlibat perlu diburu habis-habisan, tetapi pada masa sama Awang juga berharap pemberi juga dikenakan tindakan.

AWANG - Benci rasuah.