Walaupun menterinya, M. Kula Segaran menyatakan kenyataan beliau telah dipetik di luar konteks, tidak mengapalah. Apa yang penting cadangan tidak praktikal itu tidak diteruskan.

Ia memandangkan banyak lagi cara lain untuk mengatasi kekurangan pekerja di sektor tersebut kalau betul ia berlaku.

Namun begitu, isu ini juga memberi pengajaran kepada semua anggota Kabinet supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan atau mengulas sesuatu isu. Tidak boleh selama-lamanya memberi alasan dipetik di luar konteks dan sebagainya, apatah lagi jika ia melibatkan perkara yang besar.

Awang yakin keputusan Kementerian Sumber Manusia itu akan melegakan banyak pihak kerana mereka memahami tindakan menjemput pekerja Afrika ke negara ini, ia ibarat mengimport lebih banyak masalah oleh warga asing.

Sekarang inipun kita sedang bergelut dengan masalah tersebut termasuklah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI). Tidak perlu ada cadangan lain yang hanya akan menambah masalah khususnya dari segi keselamatan sosial rakyat negara ini.

AWANG – Hati-hati bercakap.