Setakat ini sudah sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan. Awang tidak mahu bercakap soal kenapa mereka ditangkap kerana biarlah polis urus dan jelaskan kepada rakyat.

Bagaimanapun kita tidak boleh menolak andaian, persepsi dan persoalan yang bermain di fikiran rakyat berikutan tangkapan-tangkapan tersebut. Isu paling pokok ialah apakah tangkapan itu membuktikan video tersebut adalah tulen?

Awang faham polis perlukan masa untuk menentukan ketulenan video berkenaan tetapi tangkapan yang dibuat menimbulkan banyak spekulasi. Apapun Awang serah kepada polis untuk menanganinya.

Tetapi apa yang pasti, isu video itu kembali panas. Ia telah menyebabkan tercetus konflik antara pemimpin-pemimpin PKR. Awang percaya keadaan akan menjadi ‘lebih panas’ kerana sudah ada yang membuat andaian bahawa ini adalah kemuncak perbalahan dalam PKR, sama ada benar atau tidak, sama-sama kita tunggu.

Kelmarin tiga lelaki ditahan polis di sekitar Johor Bahru bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan reman sehingga 20 Julai ini.

AWANG – Sudah lama tahu.