Dalam kes seumpama ini, ia bukan soal siapa menjadi mangsa tetapi tindakan gila individu yang membunuh mereka yang tidak berdosa. Atas alasan apapun perbuatan kejam itu sama sekali tidak boleh diterima.

Jelas sekali kejadian terbaharu itu melibatkan seorang individu yang dicengkam perasaan benci cukup mendalam kepada golongan pendatang dan orang Islam. Mengenali masyarakat New Zealand, mereka tidak mempunyai sentimen sedemikian.

Awang menyokong penuh pandangan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menyifatkan individu yang melakukan serangan berkenaan berfikiran amat ekstrem. Di mana-mana juga negara tidak boleh ada kelompok ekstrem, mereka adalah ancaman kepada kesejahteraan masyarakat.

Semoga apa yang berlaku di New Zealand akan menjadi pengajaran kepada masyarakat seluruh dunia, jangan sesekali menyebarkan kebencian kerana kesannya amat buruk dan tragedi Jumaat berdarah di Christchurch adalah buktinya.

Awang - Sedih, takziah.