Apa yang mereka lakukan adalah aneh. Ia memandangkan itu adalah keputusan mahkamah dan sepatutnya dihormati, bukannya dipertikaikan. Kalau betul mereka berpegang kepada konsep rule of law sudah pasti mereka tidak akan melatah.

Awang mahu bertanya, bagaimana jika yang dihukum itu rakyat biasa yang tiada apa-apa kaitan dengan mereka? Apakah mereka akan beria-ia mendesak supaya Akta Hasutan dihapuskan serta mengambil berat keputusan mahkamah itu?

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman bukannya secara semberono tetapi berdasarkan fakta kes. Oleh itu keputusan beliau seharusnya dihormati.

Bagi Awang mudah, sesuatu undang-undang itu termasuklah Akta Hasutan diwujudkan demi untuk kebaikan rakyat dan negara. Kalau kita tidak lakukan apa-apa kesalahan atau tidak mempunyai niat untuk melakukan kesalahan, apa nak takut?



AWANG - Sokong kekalkan Akta Hasutan.