Ia susulan keyakinan kerajaan semalam akan meraih sokongan dua pertiga Ahli Parlimen bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan itu yang akan dibentang dan dibahaskan minggu depan.

Di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun, umur layak mengundi ialah 18 tahun. Demikian juga di India, Perancis, Itali dan Argentina.

Dalam PRU-13, pengundi muda mewakili antara 32 hingga 34 peratus daripada jumlah pengundi. Pada PRU-14, jumlahnya meningkat mendadak mencecah 41 peratus.

Pakatan Harapan pada 9 Mei tahun lalu dikatakan berjaya ‘membaca’ kehadiran pengundi muda dengan mencalonkan 108 anak muda berusia bawah 35 tahun untuk kerusi Parlimen. UMNO yang bertanding lebih banyak kerusi hanya mencalonkan dua atau tiga anak muda.

Di sebalik ketrampilan pengundi 18 tahun ini, dibimbangi akan ada parti memberi ‘harapan palsu’ kepada mereka sehingga mendapat maklumat salah mengenai situasi sosial, politik dan ekonomi negara.

Risikonya, mereka mudah dipengaruhi rakan sebaya, ‘janji-janji manis’ manifesto serta salah membuat keputusan, sekali gus memberi kesan buruk kepada negara.

AWANG - Teruja ‘penangan’ pengundi muda PRU-14.