Meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri ia ke arah merealisasikan pilihan raya berkenaan, Awang berharap sangat jika ada usaha untuk ‘merintisnya’, elok sahaja perbuatan itu dihentikan segera.

Komen Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam cukup jelas.

Kata beliau, pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan dijangka menyumbang kepada polarisasi kaum yang lebih kritikal dan kecenderungan menyokong calon daripada kaum tertentu sahaja.

Awang suka memetik kembali penegasan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap isu pilihan raya PBT pada 10 Disember tahun lalu.

Kata Perdana Menteri, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Malah tegas Dr. Mahathir lagi, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.

“Keputusan di bandar lain, di luar bandar lain. Berkemungkinan wujud konflik disebabkan perbezaan kaum. Kita tidak mahu perkara itu terjadi, tiada pilihan raya PBT,” kata beliau.

AWANG – Tutup kes.