Natijahnya jelas - Malaysia mahu diangkat menjadi antara negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelanco­ngan tanpa mengganggu-gugat kepentingan eksklusif seperti hak Bumiputera dan seumpamanya sehingga boleh memudaratkan integriti diri. Yang jelas langkah yang diatur bagi menyertai TPPA itu akan membolehkan daya saing Malaysia diperteguhkan di pe­ringkat serantau dan juga global.

Nampaknya tempoh lima tahun bagi Malaysia untuk meneliti dan berunding bagi cadangan menyertai TPPA itu termasuklah membawanya ke Dewan Rakyat telah membawa kejelasan kepada semua pihak. Hasil rundingan selama ini, Malaysia memperoleh pengecualian tertentu yang mempunyai kepentingan yang perlu dilindungi.

Ketika dibuka untuk perbahasan di Dewan Rakyat semalam, semua pihak termasuk pembangkang jelas memahami dan merasakan triti ini suatu keperluan. Mereka tidak menolak inisiatif kerajaan untuk menjalinkan hubungan perdagangan bersifat global, selaras dengan era globalisasi dan pasaran terbuka.

AWANG - Mahu yang terbaik.