UKE: Daripada Ibnu Abbas RA:“Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah. Ibnu Abbas RA berkata lagi;“Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, jika suara mereka telah kedengaran.”-Riwayat al-Bukhari #805 dan Muslim #563.

Dalam mazhab Syafie harus dikuatkan suara untuk mengajar begitu jugak dengan pandangan ulama-ulama lain. Yang dibahaskan ialah bukan hukum berzikir selepas solat tetapi yang menjadi khilaf ialah sama ada kuat secara berjemaah atau bersendirian.

Maka tidaklah perlu bertelagah dalam hal ini. Berzikirlah, bertahmidlah, bertakbirlah selepas solat bersama-sama jemaah tetapi tidak perlulah menggunakan pembesar suara jika ada makmum yang masih bersolat. Jika mahu juga menggunakan pembesar suara maka berzikirlah dengan kadar suara sederhana asalkan tidak mengganggu orang yang bersolat.

Solat jamak dan qasar

Saya telah diarahkan berkursus di Jepun selama seminggu. Saya ingin bertanya kepada ustaz adakah saya boleh menunaikan solat jamak dan qasar sepanjang saya berkursus atau saya perlu solat tamam (sempurna) memandangkan saya berada di negara tersebut lebih tiga hari. Mohon panduan ustaz. - AZMI, Taiping.

UKE: Anda boleh menunaikan solat jamak dan qasar sewaktu perjalanan pergi dan balik. Semasa berkursus bersolatlah seperti biasa iaitu secara tamam (sempurna) kerana anda tinggal di tempat tersebut melebihi waktu yang diharuskan untuk jamak dan qasar.