Benda ini biasa kita jumpa dan alami hari-hari. Biasanya waktu makan dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau girlfriend lah. Ini pasal sendawa, buang angin, bersin dan menguap.

Abang hensem taklah anggap diri ini sempurna habis. Tapi cubalah elak fiil begini.

Kalau waktu makan tu, janganlah sampai ada dua tiga butir nasi tertinggal di tepi mulut. Atau buang angin (ke*t*t) dan sendawa kuat di khalayak ramai, sehingga mati habislah mood si polan di sebelah.

Abang hensem sebenarnya pantang jumpa kawan-kawan yang ‘langgar’ habis adab-adab macam ini. Paling teruk abang hensem bengang pun, cari alasan nak ke toilet. Kemudian blah. Atau ada juga abang hensem ‘hadam saja’ dengan main iPhone tanpa kelih pada dia.

Sebenarnya bila abang fikir dan perhatikan, hal-hal macam ni tak akan berlaku semasa dua orang bercintan-cintun. Bila di alam percintaan, semua indah belaka. Seolah-olah risiko-nya macam sudah langgar hukum agamalah lagaknya.

Padahal bab berpeleseran berdua-duaan tu tak salahlah pulak. Itu sebabnya di alam percintaan ke*t*t pun jadi wangi.

Sendawa dan buang angin ini mungkin pada sebilangan orang isunya remeh. Tapi bro, bagi abang hensem kalau kita handle secara tertib, pasti penampilan kita disukai di mata orang lain.

Tapikan, bila abang hensem layari internet baca kisah-kisah aneh dunia, rupa-rupanya benar ‘lain padang, lain belalangnya’. Kalau di Kanada khabarnya mereka menganjurkan orang ke*t*t setelah bersantap. Tandanya mereka hargai masakan kita, sekali gus suatu bentuk pujian.

Di Jepun pula, menghirup mi sup atau makanan berkuah dianggap menikmati kelazatannya. Uniknya, lagi keras bunyi­nya lagi baik. Orang yang memasaknya akan bangga.

Di China pula, wajib sendawa selepas makan - tanda ke­puasan pada suatu makanan. Di Thailand, bro dianggap tak sopan pula bila guna garpu untuk masuk makanan ke mulut.

Eh, macam-macam pula aturan pantang larangnya.

Tapi bro, elok saja kita tinggalkan perilaku sendawa atau ke*t*t besar di khalayak ramai, apatah lagi semasa makan atau berada dalam kereta bersama teman. Seeloknya main jauh sikit bila terasa nak buat. Atau buka cermin tingkap kereta yang menderu 120 km/j.

Jagalah etika kecil ini, yang biasanya membawa ke amalan adab-adab yang lebih besar.

Maaf abang hensem ya bro. Ini khususnya buat kawan-kawan yang perasan abang hensem kelih iPhone saja waktu makan.