Kejar keberkatan ketika usia bertambah

Kejar keberkatan ketika usia bertambah

KITA wajib merancang dan berazam untuk mengubah diri kepada yang lebih baik. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM mengejar keberkatan dalam pertambahan usia, terdapat panduan yang banyak di dalam al-Quran dan juga hadis nabi.

Pertama, keberkatan dalam umur kita boleh diraih dengan sentiasa meningkatkan iman dan takwa kepada Allah.

Kedua, keberkatan umur akan kita peroleh dengan sentiasa memperbanyakkan istighfar, menyesal akan dosa yang telah dilakukan serta memohon keampunan daripada Allah.

Ketiga, keberkatan umur akan kita peroleh dengan memperbanyakkan doa kepada Allah dan memperbanyakkan amal kebaikan, khususnya dengan banyak berbakti kepada kedua ibu bapa.

Keempat, cara untuk mendapatkan keberkatan dalam usia kita adalah dengan mengeratkan hubungan silaturahim.

Kelima, antara cara untuk meraih keberkatan umur adalah dengan cara menghidupkan dan memanfaatkan waktu pagi.

Keenam, antara rahsia untuk mendapatkan keberkatan umur adalah dengan menjaga hubungan yang baik sesama jiran tetangga.

Kesemua cara untuk meraih keberkatan usia ini merupakan panduan daripada al-Quran dan hadis nabi.

Seluruh umat Islam wajar menjadikannya sebagai panduan serta berazam untuk melaksanakannya sepanjang tahun 2024, insya-Allah.

Tahun baharu ini pastinya menjanjikan seribu satu harapan dan cita-cita bagi semua manusia. Persiapan awal perlu dilakukan bagi menyediakan diri sebaiknya dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di masa hadapan.

Sebagai umat Islam, kita wajib merancang dan berazam untuk mengubah diri kepada yang lebih baik, meningkatkan ilmu pengetahuan serta menambahkan amal ibadah.

Masa yang ada pastinya akan terus berlalu pergi tanpa menunggu kita, namun bagi umat Islam, bertambahnya masa dan usia itu perlu seiring dengan bertambahnya amal soleh dan ketaatan kepada Allah.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHD ASHROF ZAKI YAAKOB
Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam
Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya