Serius lindungi data - Utusan Malaysia

Serius lindungi data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada artikel ditulis oleh Ibnu Ahmad dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari lalu. Penulis mendakwa CTOS enggan mengemas kini maklumat dengan alasan ia di bawah bidang kuasa pihak yang menyenaraihitamkan peminjam.

1. CTOS (dan semua agensi pelaporan kredit) membolehkan syarikat memberi kredit dan pinjaman kepada individu.

Sebenarnya peranan CTOS sebagai agensi pelaporan kredit hanya untuk menyimpan rekod maklumat sejarah latar belakang kredit seseorang.
CTOS memperoleh maklumat daripada badan berkanun, pelanggannya dan sumber awam seperti warta kerajaan, surat khabar dan mahkamah. Contoh sumber data termasuk maklumat dari Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Insolvensi dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Maklumat sejarah ini hanya disimpan selama maksimum 24 bulan, namun jika kes itu masih belum selesai, ia akan ditunjukkan dalam laporan.
Dengan menggunakan maklumat tersebut, syarikat dapat memutuskan bagaimana dan dengan syarat apa, untuk memberikan kredit kepada individu – CTOS tidak membuat keputusan untuk syarikat tersebut. Tanpa maklumat itu, syarikat akan lebih ragu-ragu untuk menawarkan kredit atau pinjaman, kerana mereka tidak akan tahu sama ada orang yang dimaksudkan itu akan membayarnya kembali.

2. CTOS tidak boleh memberikan maklumat mengenai individu kecuali jika orang itu membenarkannya secara khusus.

CTOS memandang serius perlindungan data dan tidak akan secara sengaja memberikan sejarah pembayaran individu kepada pihak ketiga tanpa persetujuan jelas orang itu. Lebih-lebih lagi, CTOS ditadbir oleh Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang menetapkan dengan jelas bahawa: persetujuan peribadi diperlukan sebelum agensi pelaporan kredit dapat mendedahkan laporan kepada pihak ketiga.
Inilah sebab mengapa syarikat boleh meminta pengguna menandatangani borang persetujuan untuk memeriksa maklumat di pangkalan data CTOS. Pengguna tidak perlu menandatangani borang persetujuan ini dan jika tidak ditandatangani, syarikat itu tidak dapat memeriksa maklumat yang disimpan mengenai pengguna tersebut dengan CTOS atau agensi pelaporan kredit lain.
Namun, ini boleh membuat syarikat tersebut enggan menawarkan pinjaman atau kredit, kerana mereka tidak akan tahu apakah individu tersebut kemungkinan akan membayarnya kembali.
Komitmen CTOS terhadap perlindungan data dapat dilihat apabila ia meminta salinan kad pengenalan individu semasa memohon Laporan Kredit CTOS; untuk memastikan bahawa maklumat tersebut didedahkan kepada orang yang betul.

3. CTOS tidak dan tidak akan “menyenarai hitam” sesiapa.

Bukan tugas CTOS untuk memutuskan sama ada pembayaran lewat atau tidak/ tertangguh/tidak dibayar sepatutnya dimasukkan dalam laporan seseorang.
Peranan kami adalah untuk memberikan gambaran selengkap mungkin mengenai sejarah pembayaran individu, sehingga calon pemberi pinjaman dan penyedia perkhidmatan dapat membuat keputusan sendiri mengenai apakah mereka harus menawarkan seseorang perkhidmatan atau pinjaman tertentu.
Sebenarnya, kami akan cuai jika tidak memberikan apabila diminta oleh syarikat, maklumat sejarah pembayaran mengenai orang yang telah bersetuju untuk laporan CTOS mereka diperiksa. Kami tidak membuat pertimbangan atau cadangan kepada syarikat sama ada untuk berurusan atau berniaga dengan individu.
Untuk maklumat tambahan, hak dan tanggungjawab pengguna disenaraikan di Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK). Ini termasuk hak untuk mendapatkan akses, mengemas kini dan membetulkan maklumat sebelum laporan kredit didedahkan.
Adalah jmenjadi tanggungjawab pengguna untuk melaporkan sebarang kesalahan atau penyalahgunaan maklumat kredit kepada PPK dan untuk memeriksa dan mengemas kini laporan kredit masing-masing secara berkala di agensi pelaporan kredit seperti CTOS.

CTOS DATA SYSTEMS SDN. BHD.
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya