fbpx

18 Januari 2021, 5:47 pm

  TERKINI

PBT jangan ‘berkeras’

Gambar yang tular di laman media sosial menunjukkan penguat kuasa PBT mengangkut motosikal penghantar makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HEBOH di media sosial apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) mengangkut motosikal milik penghantar makanan kerana dikatakan tidak membayar parkir.

Tindakan tersebut dilihat tidak wajar kerana penghantar makanan juga barisan hadapan negara dengan bekerja keras tanpa mengira masa menghantar makanan dipesan pelanggan terutama ketika penularan Covid-19.

Bayangkan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu, mereka sanggup berlapar bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memesan makanan.

Tanpa mereka, kes Covid-19 mungkin lebih meningkat akibat ramai yang akan berpusu-pusu ke kedai makan atau terputus bekalan makanan.

Justeru, saya tidak melihat kewajaran motosikal milik penghantar makanan diangkut kerana mereka tidak menggunakan masa yang lama untuk mengambil makanan dipesan pelanggan di restoran.

Jika menghalang laluan, perkara itu boleh diselesaikan dengan budi bicara tanpa perlu mengangkut motosikal yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Oleh itu, pada pandangan saya, wajarlah urusan mereka dipermudahkan dengan menyediakan petak khas kerana dalam keadaan negara terkesan akibat pandemik Covid-19, mereka tetap bekerja untuk masyarakat.

ARMIZI MOHD. ATAN
Klang, Selangor

BERITA BERKAITAN