Dari sudut situasi perundangan yang rasional, umum mengetahui kes rasuah banglo berkenaan sedang dalam perbicaraan dan telah merekodkan keterangan beberapa saksi daripada pihak pendakwa, namun prosiding kes terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu akibat pertukaran kerajaan Pusat. Peguam Negara melalui suatu representasi memohon kepada mahkamah untuk menarik balik pendakwaan ke atas tertuduh.

Persoalannya sekarang, walaupun Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada September 2018 telah memperakui permohonan representasi berkenaan dengan hanya membebaskan tanpa dilepaskan tertuduh yang juga merupakan seorang menteri membawa maksud kes berkenaan telah diputuskan secara sama taraf dengan perbicaraan penuh?

Justifikasi oleh SPRM dalam kes berkenaan bukan sahaja merendahkan serta membelakangkan tahap kredibiliti penyiasatan agensi berkenaan, malah dari sudut perundangan wujud elemen ketidakadilan terhadap hampir 1.7 juta penduduk negeri tersebut.

SPRM diingatkan agar tidak membezakan mengikut kategori kes, malah wajib serta wajar tidak tunduk kepada mana-mana pihak khususnya yang berkepentingan politik di samping menjadikan keadilan dan kepentingan terhadap rakyat sebagai keutamaan.

Kes berkenaan tidak layak diletakkan dalam mana-mana senarai keistimewaan (berstatus politik) malah wujud keperluan untuk dibuka semula atas fakta bahawa tertuduh masih belum dibebaskan secara mutlak oleh sistem perundangan negara jika konsep rule of law dijadikan pegangan. 


RBI

Aktivis politik/Bekas ahli DAP